berita terkini

Hari ini buat kerja kawasan meru, setia alam, pusat komersial seksyen 7 dan pangsapuri PKNS

Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah hari ini agak sibuk . Awal pagi dalam pukul 8.30pagi saya sudah sampai di Perodua Sales SDN BHD di jalan meru. Membaiki sinky sumbat.

Yah walaupun hampir putus asa sebab sumbat teruk tapi alhamdulillah boleh saya selesaikan dengan baik dan terima kasih kepada staff-staff yang ramah dan mesra.

System paiping memang agak rumit, saya pump sinky keluar pula kat tempat ambil air sembahyang kat surau, kemudian saya pump pula kat tempat ambil air sembahyang keluar pula kat lantai belah basin bilik air lelaki, lepas tu saya pump pula kat situ, keluar kat lantai bilik tandas lelaki dan last sekali saya pump kat situ....Alhamdulillah selesai. Dan yang susah cleaner juga sebab harus bersihkan semua tempat.

Lepas habis kerja kat perodua tetiba ada pelanggan call dari setia alam di jalan alam impian 4. Sebenarnya nampak macam mudah, so saya bagi sebut hargapun murah jer, lepas cuba pump sana pum sini ternyata paip dalam tanah dah rosak. Air keluar kelongkang tapi tak lalu paip.

Kemudian saya cerita ngan tuan rumah, sekarang ok tapi mungkin dalam 2 bulan lagi akan sumbat semula sebab paip dalam tanah rosak.Dan diapun suruh bypass agar mudah untuk maintenance. Dan tuan rumahpun berpuas hati dan cerita sebenarnya sudah panggil lain plumber tetapi harga 300% dari yang saya bagi pada dia. Yah saya kata ini sudah biasa, kalau plumber tak pandai hal ini mesti susah dan dia mesti ambil upah pun mahal. begitu juga dengan plumber yang banyak pelanggan dah tentu mahal.

Lebih kurang pukul 12.00pm sayapun dah lapar, ingat nak makan kat seksyen 7, tapi seorang pelanggan dari pusat komersial dah telepon. Memang  sayapun dah janji pukul 12.00pm.Terus sahaja saya datang, tapi nasib kurang menyebelahi sebab orang yang sewa yang call dan hargapun sudah deal, tapi tetiba tuan rumah datang dan nak buat sendiri. So sayapun tolong buat sikit dan beredar biar tuan rumah selesaikan.

Dan yang terakhir dalam pukul 3.00pm saya buat wiring dan tarik paip mesin basuh di flat PKNS seksyen 7. Sebenarnya saya janji dengan tuan rumah pukul 10 pagi tapi tak sempat. Terima kasih kepada tuan rumah kerena sangup menunggu hingga pukul 3.00. Tapi sepertinya diapun berpuas hati dan siap buat kopi panas untuk saya.

Dalam perjalanan balik ada pelanggan yang buat temujanji esok pukul laman di area jalan kebun. Insya'Allah kalau tak ada aral melintang esok saya buat kerja kat sana.


Baca Lanjut

Baikpulih sumbat kat puchong dah siap

Alhamdulillah... walaupun saya cadangkan untuk sampai di puchong pukul 9pagi terpaksa terkenkendala sikit, tapi masih tak lari jauh dari masa yang saya janjikan dengan pelanggan. Saya sampai di puchong prima dalam pukul 9.15pagi.

Selalunya saya pergi puchong lalu area Hicom usj tapi konon nak cepat sayapun lalu kota kemuning tepi sungai. Keadaan jalan memang masih berbatu tapi saya ingat kalau naik motor tak da masalah. Dan memang tak ada masalah tapi masalahnya tersesat pula di area kota kemuning di kawasan anggrek kiara. Itulah yang menyebabkan saya lambat sampai.

Sesampai di rumah pelanggan sayapun risau juga, kenapa lah sumbat semula macam tak pandai buat kerja. Terus jer ke bilik air yang sumbat. Ternyata memang betul-betul sumbat. Lepas tu saya buat kejap jer dah ok tapi sayapun tertanya-tanya kenapa terjadi macam ni?. Kemudian saya cek pi dapur dan saya tengok kat floor trap. Ooooo....

Ternyata tersumbat balon yang dah pecah, jadi ini disebabkan budak-budak main balon ternyata. Lepas saya keluarkan balon dan lain-lain benda dalam floor trap dan saya tunjuk pada akak, bahawa ini bukan ketidak pandaian saya repair paip tetapi budak-budak masukkan balon yang dah pecah kat floor trap.

So akak pun tanya berapa pula caj yang akan saya minta? Sayapun tak tahu nak jawap, saya kata bagi jer le kak. Alhamdulillah akak tu faham dan di hulur secukupnya.
Baca Lanjut

Repair bilik air dan tanda sumbat area puchong prima

Esok pagi-pagi kena pergi ke puchong prima nak repair bilik air dan tandas tersumbat. Saya kena datang awal pagi sebab lepas tu kena pergi seksyen 24 shah alam untuk tengok kerja.

Dan sekarang pun dah pukul 2pagi saya rasa dah ngantu kena cepat-cepat tidur..

Wassalamu'alikum wrwb...
Baca Lanjut

Seksyen 7 Shah Alam Area

Our work area includes Seksyen 7 shah alam including ...
Baca Lanjut