Hari ini buat kerja kawasan meru, setia alam, pusat komersial seksyen 7 dan pangsapuri PKNS

Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah hari ini agak sibuk . Awal pagi dalam pukul 8.30pagi saya sudah sampai di Perodua Sales SDN BHD di jalan meru. Membaiki sinky sumbat.

Yah walaupun hampir putus asa sebab sumbat teruk tapi alhamdulillah boleh saya selesaikan dengan baik dan terima kasih kepada staff-staff yang ramah dan mesra.

System paiping memang agak rumit, saya pump sinky keluar pula kat tempat ambil air sembahyang kat surau, kemudian saya pump pula kat tempat ambil air sembahyang keluar pula kat lantai belah basin bilik air lelaki, lepas tu saya pump pula kat situ, keluar kat lantai bilik tandas lelaki dan last sekali saya pump kat situ....Alhamdulillah selesai. Dan yang susah cleaner juga sebab harus bersihkan semua tempat.

Lepas habis kerja kat perodua tetiba ada pelanggan call dari setia alam di jalan alam impian 4. Sebenarnya nampak macam mudah, so saya bagi sebut hargapun murah jer, lepas cuba pump sana pum sini ternyata paip dalam tanah dah rosak. Air keluar kelongkang tapi tak lalu paip.

Kemudian saya cerita ngan tuan rumah, sekarang ok tapi mungkin dalam 2 bulan lagi akan sumbat semula sebab paip dalam tanah rosak.Dan diapun suruh bypass agar mudah untuk maintenance. Dan tuan rumahpun berpuas hati dan cerita sebenarnya sudah panggil lain plumber tetapi harga 300% dari yang saya bagi pada dia. Yah saya kata ini sudah biasa, kalau plumber tak pandai hal ini mesti susah dan dia mesti ambil upah pun mahal. begitu juga dengan plumber yang banyak pelanggan dah tentu mahal.

Lebih kurang pukul 12.00pm sayapun dah lapar, ingat nak makan kat seksyen 7, tapi seorang pelanggan dari pusat komersial dah telepon. Memang  sayapun dah janji pukul 12.00pm.Terus sahaja saya datang, tapi nasib kurang menyebelahi sebab orang yang sewa yang call dan hargapun sudah deal, tapi tetiba tuan rumah datang dan nak buat sendiri. So sayapun tolong buat sikit dan beredar biar tuan rumah selesaikan.

Dan yang terakhir dalam pukul 3.00pm saya buat wiring dan tarik paip mesin basuh di flat PKNS seksyen 7. Sebenarnya saya janji dengan tuan rumah pukul 10 pagi tapi tak sempat. Terima kasih kepada tuan rumah kerena sangup menunggu hingga pukul 3.00. Tapi sepertinya diapun berpuas hati dan siap buat kopi panas untuk saya.

Dalam perjalanan balik ada pelanggan yang buat temujanji esok pukul laman di area jalan kebun. Insya'Allah kalau tak ada aral melintang esok saya buat kerja kat sana.


0 comments: